PRAKATA

Salam kepada semua guru-guru SKTPSP yang dikasihi. Blog DARI MEJA GPK KOKURIKULUM ini diwujudkan untuk memudahkan semua guru mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan kokurikulum untuk dikongsi bersama. Bahan-bahan dalam blog ini boleh dimuat turun dan diedit untuk mempercepatkan proses kerja. Semua guru boleh menggunakan bahan dalam blog ini untuk melengkapkan fail unit masing-masing semasa awal tahun pembukaan sekolah nanti. Sekiranya ada bahan yang diperlukan tetapi tiada dalam blog ini, guru-guru boleh emailkan kepada saya iaitu mohdsithik@gmail.com untuk dimuatkan dalam blog ini supaya dapat dikongsi bersama. Sekiranya ada pendapat atau cadangan penambahbaikan, sila isikan dalam ruang komen yang disediakan. Harap maklum.

Saturday 1 December 2012

Kemaskini E-Profile dalam E-SPLG (Senarai guru yang belum kemaskini)

Asalamualaikum wbt. Perhatian kepada semua guru SKJH. Permintaan daripada Pn. Ruzaimah PPD Sepang, memohon agar semua guru2 SKJH dapat mengemaskinikan e-profile dalam e-splg selewat2nya pada 2 Disember ini. Ini kerana data menunjukkan Daerah Sepang yang paling kurang guru yang mengemaskini dalam Negeri Selangor. Oleh itu diminta guru2 SKJH prihatin tentang perkara ini. Guru-guru boleh melayari e-splg pada link yang disediakan dalam blog ini.

Adalah dimaklumkan setakat hari ini (2hb Disember 2012) terdapat beberapa orang guru SKJH yang masih belum mengemaskinikan e-profile masing-masing. Guru-guru tersebut ialah :

1. Pn. Rahilah
2. Pn. Hjh. Badariah
3. Pn. Raja Maya Azhana
4. Pn. Nurhana
5. Pn. Yati Rodzi
6. Pn. Huraizah
7. Pn. Norhaslinda
8. Pn. Rahmah
9. Pn. Suzila
10. En. Yaacob
11. En. Mohd Zainurin
12. Cik. Ruzida
13. Pn. Masliza
14. Pn. Nik Isnoriza
15. Pn. Noraini
16. Pn. Hjh. Zakiah
17. En. Zainor
18. Pn. Aminah

Adalah dengan segala hormatnya tuan puan diminta mengemaskini dengan segera. Saya telah pun sms perkara ini pada hphone masing-masing. Sekiranya tuan puan telah mengemaskinikan e-profile tersebut, pihak pentadbir mengucapkan ribuan terima kasih.

No comments: