PRAKATA

Salam kepada semua guru-guru SKTPSP yang dikasihi. Blog DARI MEJA GPK KOKURIKULUM ini diwujudkan untuk memudahkan semua guru mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan kokurikulum untuk dikongsi bersama. Bahan-bahan dalam blog ini boleh dimuat turun dan diedit untuk mempercepatkan proses kerja. Semua guru boleh menggunakan bahan dalam blog ini untuk melengkapkan fail unit masing-masing semasa awal tahun pembukaan sekolah nanti. Sekiranya ada bahan yang diperlukan tetapi tiada dalam blog ini, guru-guru boleh emailkan kepada saya iaitu mohdsithik@gmail.com untuk dimuatkan dalam blog ini supaya dapat dikongsi bersama. Sekiranya ada pendapat atau cadangan penambahbaikan, sila isikan dalam ruang komen yang disediakan. Harap maklum.

Tuesday 11 February 2020

KAJIAN RINTIS PENGLIBATAN GURU DAN MURID DALAM KELAB / PERSATUAN.

KAJIAN RINTIS PENGLIBATAN GURU DAN MURID DALAM KELAB / PERSATUAN.

- Untuk makluman guru-guru SKTPSP, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan Kajian Rintis penglibatan guru dam murid dalam kelab / persatuan.

- Kajian Rintis yang dijalankan ini bagi mendapat maklumat tentang penglibatan guru dan murid (SMK dan SK) dalam kelab / persatuan. Kajian ini dijalankan secara dalam talian seperti pautan berikut:

1. Murid Sekolah Rendah : https://bit.ly/2q34JHV  ( murid SK Tahap 2 sahaja )
2. Murid sekolah menengah : https://bit.ly/2JvJw0k  ( semua murid )
3. Guru : https://bit.ly/2BVDkug

- Sehubungan dengan itu diminta semua guru dan murid SKTPSP dapat melengkapkan kajian rintis secara atas talian. Sila ikuti pautan yang diberikan.


- Semua respondan perlu menghantar maklum balas SEBELUM ATAU PADA 18 FEBRUARI 2020.


Diminta semua guru kelab dan persatuan membantu dan membimbing murid-murid masing-masing untuk melengkapkan kajian rintis ini.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

Unknown said...

Strange "water hack" burns 2 lbs overnight

Over 160 thousand women and men are utilizing a easy and SECRET "liquid hack" to lose 1-2 lbs every night while they sleep.

It's very easy and it works every time.

Here are the easy steps for this hack:

1) Take a drinking glass and fill it up half glass

2) Then use this amazing hack

and become 1-2 lbs thinner the very next day!